Pulau Duyong merupakan antara pulau yang berpotensi besar
dalam menyumbang kepada kedatangan pelancong ke negeri Terengganu khususnya dan
Malaysia amnya. Lantaran beberapa kesan penbangunan yang dapat dilihat daripada
artikel yang lepas, oleh itu beberapa cadangan dan program yang dapat
menambahbaikkan lagi sistem pembangunan di Pulau Duyong perlu dijalankan. Hal
ini adalah supaya pembangunan yang dijalankan turut sama memberi manfaat kepada
masyarakat setempat.
Sepertimana yang diketahui, Pulau
Duyong mempunyai sebuah Kota Lama yang menjadi salah satu mercu tarikan
pelancong. Namun hanya penduduk berdekatan serta pengkaji sahaja yang sedar
akan kewujudan Kota Lama ini. Maka, menjadi tugas pihak kerajaan negeri mahupun
badan-badan yang berkaitan untuk mengkomersialkan lagi lokasi ini supaya salah
satu ‘warisan tinggalan’ ini dapat dilihat oleh generasi akan datang. Maklumat
berkaitan Kota Lama ini juga perlu diperbanyakkan lagi terutamanya di carian
capaian laman sesawang.
Apabila menjejakkan kaki ke pulau
ini kami dapati bahawa kebanyakkan penduduk di pulau ini hanya terdiri daripada
warga emas dan kanak-kanak kebanyakkannya. Apabila diajukan persoalan bahawa
kemana perginya kebanyakkan warga muda di sini, ada yang menyatakan bahawa
mereka kebanyakkannya mencari rezeki di luar kawasan pulau ini. Oleh itu,
cadangan untuk perbanyakkan lagi peluang ekonomi terutamanya bantuan atau
suntikan kewangan daripada pihak kerajaan dalam menyokong dan membantu golongan
ini untuk memulakan perniagaan. Dengan adanya lebih banyak ekonomi yang
dijalankan maka lebih banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan minat
para belia dapat diisi oleh belia setempat. Galakan daripada badan-badan
berwajib dalam memupuk semangat berniaga juga dapat memupuk semangat berekonomi
dalam kalangan masyarakat setempat.
Berikutan semakin ramai pelancong
atau orang luar yang memasuki kawasan pulau ini, maka antara perkara yang perlu
dibaiki lagi adalah berkaitan keselamatan. Keselamatan kawasan pulau perlulah
dipertingkatkan lagi dan dipantau dari semasa ke semasa. Dengan adanya Pondok
Polis yang ditempatkan di pulau ini, tidak guna jika hanya dijadikan sebagai
seolah-olah balai yang tidak menyumbang kepada keselamatan penduduk. Oleh itu,
kerjasama daripada masyarakat setempat untuk mengukuhkan lagi keselatan di
pulai ini haruslah ditingkatkan. Kawalan ini perlu diberi perhatian terutamanya
di kawasan yang sunyi serta pada waktu sunyi seperti waktu malam dan semasa
waktu bekerja.
Sepertimana yang dikatakan oleh penduduk
setempat, masjid di pulau kecil ini tidak mempunyai banyak aktiviti. Oleh itu,
adalah amat digalakkan masjid di pulau ini untuk perbanyakkan lagi program
terutamanya program yang melibatkan penglibatan penduduk setempat. Jawatankuasa
masjid juga perlulah mewujudkan ‘skuad sayang’ yang berperanan mengenalpasti
dan mengajak golongan sasaran untuk
sama-sama mengimarahkan program yang diadakan.
Kerjasama yang baik daripada
segenap lapisan masyarakat setempat adalah amat diperlukan bagi menambahbaikkan
lagi pembangunan yang telah sedia ada supaya seiring dengan harapan masyarakat
di pulau ini.