WELCOME

Wednesday, May 29, 2013

Cadangan Penambahbaikan Pulau Duyong..




Pulau Duyong merupakan antara pulau yang berpotensi besar dalam menyumbang kepada kedatangan pelancong ke negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. Lantaran beberapa kesan penbangunan yang dapat dilihat daripada artikel yang lepas, oleh itu beberapa cadangan dan program yang dapat menambahbaikkan lagi sistem pembangunan di Pulau Duyong perlu dijalankan. Hal ini adalah supaya pembangunan yang dijalankan turut sama memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Sepertimana yang diketahui, Pulau Duyong mempunyai sebuah Kota Lama yang menjadi salah satu mercu tarikan pelancong. Namun hanya penduduk berdekatan serta pengkaji sahaja yang sedar akan kewujudan Kota Lama ini. Maka, menjadi tugas pihak kerajaan negeri mahupun badan-badan yang berkaitan untuk mengkomersialkan lagi lokasi ini supaya salah satu ‘warisan tinggalan’ ini dapat dilihat oleh generasi akan datang. Maklumat berkaitan Kota Lama ini juga perlu diperbanyakkan lagi terutamanya di carian capaian laman sesawang.
Apabila menjejakkan kaki ke pulau ini kami dapati bahawa kebanyakkan penduduk di pulau ini hanya terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak kebanyakkannya. Apabila diajukan persoalan bahawa kemana perginya kebanyakkan warga muda di sini, ada yang menyatakan bahawa mereka kebanyakkannya mencari rezeki di luar kawasan pulau ini. Oleh itu, cadangan untuk perbanyakkan lagi peluang ekonomi terutamanya bantuan atau suntikan kewangan daripada pihak kerajaan dalam menyokong dan membantu golongan ini untuk memulakan perniagaan. Dengan adanya lebih banyak ekonomi yang dijalankan maka lebih banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan minat para belia dapat diisi oleh belia setempat. Galakan daripada badan-badan berwajib dalam memupuk semangat berniaga juga dapat memupuk semangat berekonomi dalam kalangan masyarakat setempat.
Berikutan semakin ramai pelancong atau orang luar yang memasuki kawasan pulau ini, maka antara perkara yang perlu dibaiki lagi adalah berkaitan keselamatan. Keselamatan kawasan pulau perlulah dipertingkatkan lagi dan dipantau dari semasa ke semasa. Dengan adanya Pondok Polis yang ditempatkan di pulau ini, tidak guna jika hanya dijadikan sebagai seolah-olah balai yang tidak menyumbang kepada keselamatan penduduk. Oleh itu, kerjasama daripada masyarakat setempat untuk mengukuhkan lagi keselatan di pulai ini haruslah ditingkatkan. Kawalan ini perlu diberi perhatian terutamanya di kawasan yang sunyi serta pada waktu sunyi seperti waktu malam dan semasa waktu bekerja.
Sepertimana yang dikatakan oleh penduduk setempat, masjid di pulau kecil ini tidak mempunyai banyak aktiviti. Oleh itu, adalah amat digalakkan masjid di pulau ini untuk perbanyakkan lagi program terutamanya program yang melibatkan penglibatan penduduk setempat. Jawatankuasa masjid juga perlulah mewujudkan ‘skuad sayang’ yang berperanan mengenalpasti dan mengajak  golongan sasaran untuk sama-sama mengimarahkan program yang diadakan.
Kerjasama yang baik daripada segenap lapisan masyarakat setempat adalah amat diperlukan bagi menambahbaikkan lagi pembangunan yang telah sedia ada supaya seiring dengan harapan masyarakat di pulau ini.

Corruption Index in Cuba









Berdasarkan indeks jenayah rasuah yang dipetik daripada laman sesawang Transparency International didapati bahawa negara Cuba menduduki ranking ke -58 daripada 176 buah negara yang mendaftarkan kadar rasuah mereka. Oleh yang demikian, didapati bahawa kadar rasuah di negara ini berada pada paras yang agak tinggi. Kadar ini bersamaan juga dengan kadar sebanyak 72% kadar rasuahnya daripada kadar populasinya iaitu sebanyak 11.3 million orang penduduknya.
                
 Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) mengikut negara atau wilayah ini diukur berdasarkan sejauhmana jenayah rasuah itu berlaku di sesebuah negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...