WELCOME

Monday, March 18, 2013

Latar Belakang Negara





 PROFIL NEGARA CUBA
NAMA NEGARA
REPUBLIK CUBA (REPUBLICA DE CUBA)
BENTUK NEGARA
REPUBLIK
KETUA KERAJAAN
RAUL CASTRO RUZ , MERANGKAP SEBAGAI KETUA DEWAN NEGARA, KETUA DEWAN MENTERI, SETIAUSAHA PERTAMA PARTI KOMUNIS KUBA & PANGLIMA TERTINGGI ANGKATAN BERSENJATA (SEJAK 24FEBUARI 2008)
NAIB PRESIDEN
JOSE RAMON MACHADOVENTURA
MENTERI LUAR NEGERI
BRUNO RODRIGUEZPARILLA
HARI KEBANGSAAN
1 JANUARI (1959 , HARI KEMENANGAN REVOLUSI)
LAGU KEBANGSAAN
EL HIMNO DE BAYAMO
BENDERA KEBANGSAAN
LA ESTRELLA SOLITARIA
POPULASI PENDUDUK
11,451,652 (JULY 2009 EST.)
KELUASAN
114.524 Km2
KEDUDUKAN GEOGRAFI
SEMPADAN NEGARA
UTARA- AMERIKA SYARIKAT & BAHAMAS
SELATAN-JAMAICA
TIMUR- HAITI
BARAT-TELUK MEXICO
IKLIM
SUBTROPIKA ; SUHU TERENDAH  5 ° C TERTINGGI 30 C

KELEMBAPAN: SEKITAR 63% PADA MUSIM SEMI-WINTER (November - April) & SEKITAR 90% PADA MUSIM PANAS (Mei - Oktober)
MATA WANG
Peso Non-Convertible Cuba (USD 1 = 19,2 peso) dan Peso Convertible Cuba (USD 1 = 0,8 CUC)
SUMBER ALAM
KOBALT, NIKEL, BIJIH BESI, CHROMIUM, TEMBAGA, GARAM, KAYU SILICA, MINYAK BUMI
PERTUMBUHAN EKONOMI
4.3% (2008 est.);
1.4% (2009 est.)
GDP
$ 108.4 billion (2008 est.)
GDP PERKAPITA
$ 9,500 (2008 est.)
INFLASI
3.4% (2008 est.)
RAKAN DAGANGAN UTAMA
VENEZUELA,CHINA. SEPENYOL, KANADA,US,BELANDA ,
PRODUK EKSPORT UTAMA
GULA, NIKEL, TEMBAKAU, IKAN,PRODUK UBAT-UBATAN, CITRUS, KOPI
PRODUK IMPORT UTAMA
BAHAN BAKAR MINYAK, MAKANAN, MESIN, PERALATAN

Monday, March 11, 2013

MYDIN MALL DALAM TEORI SISTEM DUNIA


TEORI SISTEM DUNIA 

Diperkenalkan oleh Wallerstein (1974) dan Samir Amin (1974) iaitu ia lebih tertumpu kepada struktur dunia kapitalis dan ekonomi dunia. Teori ini bukan hanya melihat kepada pengalaman pembangunan sesebuah negara malah ia lebih menjurus kepada aspek ekonomi dunia yang disepadukan ke dalam lingkungan pengeluaran kapitalis.

Teori ini boleh diklasifikasikan kepada tiga bentuk hubungan negara iaitu ;
1) Negara teras (core)
2) Negara Separa Pinggiran ( Semi-Periphery)
3)Negara Pinggiran ( Periphery)



TEORI KEBERGANTUNGAN 

Teori kebergantungan (interdependence) dapat difahami dengan hubungan saling bergantung disebabkan oleh kerjasama yang dilakukan oleh dua negara atau lebih. Berdasarkan Teori Sistem Dunia, kumpulan kami telah melihat perkaitan dari skop yang mudah dan ringkas untuk difahami .


Sebagai contohnya, di  Mydin Mall ,Bandar Kuala Terengganu.

Mydin Mall, Kuala Terengganu  berperanan sebagai  Core  iaitu salah satu pusat bekalan barangan keperluan dan kehendak  bagi peniaga/pengusaha kecil ( Semi-Periphery)  dan masyarakat setempat (Periphery). Kebergantungan antara Mydin Mall, peniaga/pengusaha dan masyarakat setempat dapat dilihat dengan jelas apabila Mydin Mall menjadi tumpuan pengusaha membeli barangan secara pukal. Selain itu, Mydin Mall juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Di samping itu juga,  Mydin Mall memerlukan para peniaga/ pengusaha dan penduduk setempat untuk membeli produk yang dipasarkan. Ini mampu memperkukuh ekonomi  Mydin Mall yang menjadi salah satu pasaraya yang memonopoli perniagaan di Kuala Terengganu.





*** Nampak kan saling kebergantungannya…itu lah yang mudah untuk kita fahami untuk Teori Sistem Dunia dan Teori Kebergantungan yang berlaku dalam dunia reality dari skop yang paling kecil…sekian…nanti kitorang cite lagi ek…


SIAPAKAH IMMANUEL WALLERSTEIN ???



Immanuel Maurice Wallerstein dilahirkan pada 28 September 1930 di New York City. Beliau merupakan seorang ahli sosiologi Amerika daan merupakan pelopor kepada Teori Sistem Dunia iaitu satu teori yang akan dibincangkan pada entry seterusnya. Wallerstein mula berminat dalam hal ehwal dunia ketika beliau masih lagi seorang remaja dan tinggal di New York City. Beliau amat berminat untuk mengkaji pergerakan kemerdekaan India pada masa itu. 

ISTIMEWA BUAT TATAPAN PEMBACA-VIDEO PULAU DUYONG

Entry kami pada kali ini memaparkan video yang berlatarkan pulau duyong :)
Semoga semua pembaca lebih mengenali Pulau Duyong dan selamat menghayati alam ciptaan ilahi . . .

Tuesday, March 5, 2013

KESAN DAN PENERIMAAN

Pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan telah memberikan kesan yang mendalam terhadap penduduk tempatan mahupun pendatang yang datang menetap di Pulau Duyong. Sama ada positif ataupun negatif perubahan yang dibawa, perkara ini cukup memberikan impak yang mendalam terhadap kehidupan seharian penduduk di kawasan berkenaan.
Lebih-lebih lagi dengan menjelangnya pilihan raya ke-13 ini, wujud lebih banyak manifesto-manifesto kerajaan untuk rakyat yang mana kadang kala menjadi satu beban kepada mereka. Hal ini tidak kurang juga kesannya turut dirasai oleh penduduk Pulau Duyong. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dalam memajukan kawasan ini.kewujudan kawasan peranginan seperti Ri-yaz Herritage sedikit sebanyak telah merubah kawasan berkenaan menjadi tempat pelancongan.
Keadaan asal pulau ini sebenarnya kecil sahaja. Namun setelah kawasan ini ditambak dan boleh terus berhubung ke daratan. Hal ini sekaligus menaikkan lagi taraf kehidupan dan kemudahan masyarakat berkenaan. Pada ketika dahulu, Pulau Duyong hanya boleh didekati melalui laluan air sahaja. Malah di pulau berkenaan pada ketika itu hanya terdapat dua buah rumah sahaja yang mempunyai generator untuk menjana elektrik. Salah seorang daripada penduduk yang juga merupakan responden kami iaitu encik Hasni Bin Ali yang mana merupakan seorang pengusaha bot tradisional. Kesusahan mereka begitu ketara hinggakan encik Hasni pernah ke RTM untuk menggunakan telefon untuk membuat panggilan. 
Walaupun demikian, menurut beliau dan isteri, mereka lebih sukakan kehidupan yang dulu berbanding sekarang.Kewujudan jalan perhubungan seperti jalan raya ini turut membawa kesan negatif yang mana kadar jenayah kian meningkat. Seperti kata isteri encik Hasni, pada masa lalu jika ada orang yang tidak dikenali datang untuk menimbulkan masalah sudah pasti dapat dikesan kerana mereka saling mengenali dan sukar untuk melarikan diri. Namun sekarang jenayah berleluasa dan keselamatan semakin kurang terjamin. 
Menurut responden kami yang berikutnya iaitu Puan Wan Zakiah (60 tahun) menceritakan tentang kes kecurian yang mana melibatkan seorang suri rumah yang sedang menghulurkan tangan ke jendela dan tidak semena-mena gelang emas suri rumah itu di ragut dan mujur hanya mendapat kecederaan ringan sahaja. Sampai begitu sekali pencuri ini nekad untuk mencuri dan berani melakukannya pada siang hari.
Beberapa lagi responden yang kami sempat temubul, mereka seperti yang lain iaitu sukakan keadaan dahulu. Menurut seorang ahli masjid yang sempat kami temui mengatakan mereka merupakan pendatang yang tinggal menetap di pulai ini. kehidupan sosial mereka yang kurang bercampur dengan penduduk asal bukan masalah utama. tetapi mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dengna projek kerajaan akan dipindahkan di flat yang baru siap dibina. Kawasan rumah mereka akan dibangunkan kawasan peranginan. sama ada sahih atau tidak, menurut Pak cik berkenaan mereka yang terlibat itu kerana mereka telah membina rumah secara haram di tanah yang ditambak.
Namun demikian, berpindah bukan perkara yang mudah. Perkara ini melibatkan kos yang baru seperti membayar sewa rumah flat berkenaan. Sebelum ini mereka hanya risaukan bil air, bil elektrik, makan dan minum. Maka kewujudan kos baru ini akan membebankan dan kos sara hidup semakin meningkat. Hal ini bukan kesusahan itu semata-mata.kewujudan masalah sosial yang lain pula terjadi yang mana kawasan flat berkenaan yang kami sangkakan telah didiami oleh penduduk tetapi menurut responden, tempat berkenaan dijadiakn sebagai kawasan untuk penagih melepaskan gian mereka.
Kesimpulan yang dapat kami rumusklan di sini, tidak dapat dinafikan dengan wujudnya jalan raya menghubung ke daratan membawa faedah kepada mereka, tetapi pada masa yang sama mereka telah menjadikan keselamatan dan keamanan mereka sebagai taruhan kepada kemudahan yang akan mereka nikmati.

MONSOON CUP : BERMANFAATKAH ?

MONSOON CUP




Pelbagai pembangunan yang dilakukan di Pulau Duyong tidak mendapat persetujuan penduduk pulau dan tuan tanah yang terlibat bahkan pembangunan tersebut diibaratkan ‘merampas tanah’ rakyat.

Monsoon Cup’ dianggap tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Pulau, malah menyusahkan penduduk. Penduduk pulau masih berada di takuk lama walaupun mereka dikelilingi dengan proses pembangunan.Semua ‘sub-contract’ dan pekerja bagi projek-projek yang telah dan sedang berjalan di Pulau Duyong adalah orang luar. Peniaga yang menjalankan perniagaan digerai-gerai ‘Monsoon Cup’ juga adalah dari luar kerana penduduk Pulau tidak mampu membayar sewa gerai RM 600 selama lima hari. Malah kedai-kedai kecil atau warung yang dibuat diatas tanah kerajaan oleh penduduk Pulau diberikan notis supaya dirombak.

Peluang pekerjaan dari pembangunan Pulau Duyong juga diberikan kepada orang luar.Menurut Encik Muzafiq, hanya seorang sahaja penduduk Pulau yang bekerja di Kelab Teluk Warisan, dan 3 orang yang bekerja menjadi pengawal keselamatan.

Rentetan dari itu, penduduk Pulau Duyong kini berada  di dalam dilema. Mereka tidak dapat menjangka bagaimanakah masa depan mereka. Semua tanah-tanah walaupun milik sendiri kini telah dibekukan dari apa-apa urusan samada untuk menukar syarat atau memindah milik.  Perkara ini membimbangkan mereka dan menjadi igauan ngeri didalam pemikiran. Mungkinkah pembekuan urusan tanah adalah satu isyarat bahawa mereka akan ‘dihambat’ keluar dari Pulau Duyong???

Nantikan entry seterusnya dari kami !!!

APARTMENT UNTUK DISEWA SELAMA-LAMANYA ???

tahun 2009

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kerajaan Terengganu telah membina beberapa buah "apartment" mampu milik bagi menampung kepadatan penduduk di Pulau Duyong.  Tetapi kenyataan tersebut telah mendapat tentangan hebat kerana hanya 50% daripadanya sahaja diberikan kepada anak-anak jati pulau tersebut dan selebihnya diperuntukkan kepada orang luar.

Ini menunjukkan bahawa kebajikan penduduk kampung Pulau Duyong diabaikan.

Nak tahu lagi ??? Nantikan edisi khas untuk entry seterusnya . . .

KENAPA KAMI MENULIS






Pada ruangan ini kami diberi peluang untuk mengupas sedikit sebanyak tentang pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku di sekitar Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu.

Minat kami terhadap perubahan sosial  dimulai pada hari pertama kuliah (2013) melalui subjek pembangunan dan perubahan sosial. Terdapat beberapa buku yang berkaitan dengan subjek in iaitu buku klasik, Pengantar Sosiologi, Soerjono Soekamto. Seterusnya  topic ini  lebih merangsang dengan buku  Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism – Max Weber.

Bermula dari subjek ini lah yang menyedarkan kami bahawa masyarakat adalah ‘kumpulan’ individu yang sentiasa mengalami  psikologi dan psikokultural.  Kami melihat  pemikiran tentang perubahan sosial dan pembangunan dan ditugaskan untuk menjalankan kajian di Kampung Pulau Duyung. Hampir semua kajian sosiologi berkaitan dengan perubahan sosial.


Kingsleys Davis memberi pengertian bahawa perubahan-perubahan yang terjadi pada struktur dan fungsi masyarakat. Manakala Selo Soemardjan  menyatakan perubahan-perubahan sosial berlaku kepaad masyarakat dan mempengaruhi sistem sosial,nilai, pola perilaku di antara kelompok-kelompok dalam masyarakat.

Untuk buku terbaru Fukuyama (edisi bahasa Indonesia, 2005), Guncangan Besar, Rizal Malarangeng dengan menulis: Dalam ilmu sosial, perubahan sosial adalah sebuah tema klasik yang menarik untuk dibahas.  Ferdinand Tonnie, Emile Durkheim dan Max Weber, menurut Rizal, Fukuyama mencuba meneruskan tradisi keilmuaan seperti itu dengan melihat apa yang terjadi pada separuh kedua abad 20.


Monday, March 4, 2013

Kesan dan Penerimaan

Pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan telah memberikan kesan yang mendalam terhadap penduduk tempatan mahupun pendatang yang datang menetap di Pulau Duyong. Sama ada positif ataupun negatif perubahan yang dibawa, perkara ini cukup memberikan impak yang mendalam terhadap kehidupan seharian penduduk di kawasan berkenaan.
Lebih-lebih lagi dengan menjelangnya pilihan raya ke-13 ini, wujud lebih banyak manifesto-manifesto kerajaan untuk rakyat yang mana kadang kala menjadi satu beban kepada mereka. Hal ini tidak kurang juga kesannya turut dirasai oleh penduduk Pulau Duyong. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dalam memajukan kawasan ini.kewujudan kawasan peranginan seperti Ri-yaz Herritage sedikit sebanyak telah merubah kawasan berkenaan menjadi tempat pelancongan.
Keadaan asal pulau ini sebenarnya kecil sahaja. Namun setelah kawasan ini ditambak dan boleh terus berhubung ke daratan. Hal ini sekaligus menaikkan lagi taraf kehidupan dan kemudahan masyarakat berkenaan. Pada ketika dahulu, Pulau Duyong hanya boleh didekati melalui laluan air sahaja. Malah di pulau berkenaan pada ketika itu hanya terdapat dua buah rumah sahaja yang mempunyai generator untuk menjana elektrik. Salah seorang daripada penduduk yang juga merupakan responden kami iaitu encik Hasni Bin Ali yang mana merupakan seorang pengusaha bot tradisional. Kesusahan mereka begitu ketara hinggakan encik Hasni pernah ke RTM untuk menggunakan telefon untuk membuat panggilan. 
Walaupun demikian, menurut beliau dan isteri, mereka lebih sukakan kehidupan yang dulu berbanding sekarang.Kewujudan jalan perhubungan seperti jalan raya ini turut membawa kesan negatif yang mana kadar jenayah kian meningkat. Seperti kata isteri encik Hasni, pada masa lalu jika ada orang yang tidak dikenali datang untuk menimbulkan masalah sudah pasti dapat dikesan kerana mereka saling mengenali dan sukar untuk melarikan diri. Namun sekarang jenayah berleluasa dan keselamatan semakin kurang terjamin. 
Menurut responden kami yang berikutnya iaitu Puan Wan Zakiah (60 tahun) menceritakan tentang kes kecurian yang mana melibatkan seorang suri rumah yang sedang menghulurkan tangan ke jendela dan tidak semena-mena gelang emas suri rumah itu di ragut dan mujur hanya mendapat kecederaan ringan sahaja. Sampai begitu sekali pencuri ini nekad untuk mencuri dan berani melakukannya pada siang hari.
Beberapa lagi responden yang kami sempat temubul, mereka seperti yang lain iaitu sukakan keadaan dahulu. Menurut seorang ahli masjid yang sempat kami temui mengatakan mereka merupakan pendatang yang tinggal menetap di pulai ini. kehidupan sosial mereka yang kurang bercampur dengan penduduk asal bukan masalah utama. tetapi mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dengna projek kerajaan akan dipindahkan di flat yang baru siap dibina. Kawasan rumah mereka akan dibangunkan kawasan peranginan. sama ada sahih atau tidak, menurut Pak cik berkenaan mereka yang terlibat itu kerana mereka telah membina rumah secara haram di tanah yang ditambak.
Namun demikian, berpindah bukan perkara yang mudah. Perkara ini melibatkan kos yang baru seperti membayar sewa rumah flat berkenaan. Sebelum ini mereka hanya risaukan bil air, bil elektrik, makan dan minum. Maka kewujudan kos baru ini akan membebankan dan kos sara hidup semakin meningkat. Hal ini bukan kesusahan itu semata-mata.kewujudan masalah sosial yang lain pula terjadi yang mana kawasan flat berkenaan yang kami sangkakan telah didiami oleh penduduk tetapi menurut responden, tempat berkenaan dijadiakn sebagai kawasan untuk penagih melepaskan gian mereka.
Kesimpulan yang dapat kami rumusklan di sini, tidak dapat dinafikan dengan wujudnya jalan raya menghubung ke daratan membawa faedah kepada mereka, tetapi pada masa yang sama mereka telah menjadikan keselamatan dan keamanan mereka sebagai taruhan kepada kemudahan yang akan mereka nikmati.

AKTIVITI MENARIK DI PULAU DUYONG

Pusat Pengajian Agama

Kota Lama Duyung antara bahan sejarah yang kekal hingga hari ini. Dibina pada tahun 1920, kota ini pada awalnya digunakan oleh individu tertentu dan kumpulan agama Islam untuk mengajar penduduk kampung membaca al-Quran.



 
Monsoon Cup

Pertandingan bertaraf dunia ini adalah hasil daripada cadangan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Terengganu. 
kejohanan ini diadakan untuk memanfaatkan musim tengkujuh yang melanda negeri Terengganu pada setiap tahun
Kejohanan pertama telah berjaya diadakan pada tahun 2005
ia merupakan siri jelajah "world match racing" yang berlangsung di sepanjang tahun



Perusahaan Bot Tradisonal 
Antara pengusaha bot dan kapal layar terkenal sepert Haji Abdullah Muda, Hassan Ali, Azlan Hasni, Muhammad Ali, Amran Ghazali, Muda Muhammad dan Nik Ridzuan Nik Mohd masih aktif memerah keringat dengan menjual hasil tangan mereka ke luar negara, termasuk Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, New Zealand, United Kingdom dan Denmark.
Haji Abdullah yang menceburi bidang pembuatan kapal layar sejak tahun 1958, berkata sepanjang menceburi bidang itu puluhan bot nelayan bersaiz besar dan kecil dapat disiapkan.


Pusat Peranginan
Kewujudan lokasi penganjuran Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa dan pembinaan pangsapuri mampu milik, nyata amat membanggakan penduduk tempatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...