Kota Lama Duyung antara bahan sejarah yang kekal hingga hari ini. Dibina pada tahun 1920, kota ini pada awalnya digunakan oleh individu tertentu dan kumpulan agama Islam untuk mengajar penduduk kampung membaca al-Quran.
Monsoon Cup
Pertandingan bertaraf dunia ini adalah hasil daripada cadangan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Terengganu.
kejohanan ini diadakan untuk memanfaatkan musim tengkujuh yang melanda negeri Terengganu pada setiap tahun
Kejohanan pertama telah berjaya diadakan pada tahun 2005
ia merupakan siri jelajah "world match racing" yang berlangsung di sepanjang tahun
Perusahaan Bot Tradisonal
Antara pengusaha bot dan kapal layar terkenal sepert Haji Abdullah Muda, Hassan Ali, Azlan Hasni, Muhammad Ali, Amran Ghazali, Muda Muhammad dan Nik Ridzuan Nik Mohd masih aktif memerah keringat dengan menjual hasil tangan mereka ke luar negara, termasuk Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, New Zealand, United Kingdom dan Denmark.
Haji Abdullah yang menceburi bidang pembuatan kapal layar sejak tahun 1958, berkata sepanjang menceburi bidang itu puluhan bot nelayan bersaiz besar dan kecil dapat disiapkan.
No comments:
Post a Comment