Pada ruangan ini kami diberi peluang untuk
mengupas sedikit sebanyak tentang pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku
di sekitar Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu.
Minat kami terhadap perubahan sosial dimulai pada hari pertama kuliah (2013) melalui subjek pembangunan dan perubahan sosial. Terdapat beberapa buku yang berkaitan dengan subjek in iaitu buku klasik, Pengantar Sosiologi, Soerjono Soekamto. Seterusnya topic ini lebih merangsang dengan buku Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism – Max Weber.
Bermula dari subjek ini lah yang menyedarkan kami bahawa masyarakat adalah ‘kumpulan’ individu yang sentiasa mengalami psikologi dan psikokultural. Kami melihat pemikiran tentang perubahan sosial dan pembangunan dan ditugaskan untuk menjalankan kajian di Kampung Pulau Duyung. Hampir semua kajian sosiologi berkaitan dengan perubahan sosial.
Kingsleys Davis memberi pengertian bahawa
perubahan-perubahan yang terjadi pada struktur dan fungsi masyarakat. Manakala Selo
Soemardjan menyatakan
perubahan-perubahan sosial berlaku kepaad masyarakat dan mempengaruhi sistem sosial,nilai,
pola perilaku di antara kelompok-kelompok dalam masyarakat.
Untuk buku terbaru Fukuyama (edisi bahasa
Indonesia, 2005), Guncangan Besar, Rizal Malarangeng dengan menulis:
Dalam ilmu sosial, perubahan sosial adalah sebuah tema klasik yang menarik
untuk dibahas. Ferdinand Tonnie, Emile Durkheim dan Max Weber, menurut Rizal, Fukuyama mencuba meneruskan tradisi keilmuaan seperti itu dengan
melihat apa yang terjadi pada separuh kedua abad 20.
No comments:
Post a Comment