TEORI SISTEM DUNIA
Diperkenalkan oleh Wallerstein (1974) dan
Samir Amin (1974) iaitu ia lebih tertumpu kepada struktur dunia kapitalis dan
ekonomi dunia. Teori ini bukan hanya melihat kepada pengalaman pembangunan
sesebuah negara malah ia lebih menjurus kepada aspek ekonomi dunia yang
disepadukan ke dalam lingkungan pengeluaran kapitalis.
Teori ini boleh diklasifikasikan kepada
tiga bentuk hubungan negara iaitu ;
1) Negara
teras (core)
2) Negara
Separa Pinggiran ( Semi-Periphery)
3)Negara
Pinggiran ( Periphery)
TEORI KEBERGANTUNGAN
Teori
kebergantungan (interdependence) dapat difahami dengan hubungan saling
bergantung disebabkan oleh kerjasama yang dilakukan oleh dua negara atau lebih.
Berdasarkan Teori Sistem Dunia, kumpulan kami telah melihat perkaitan dari skop
yang mudah dan ringkas untuk difahami .
Sebagai contohnya, di Mydin Mall ,Bandar
Kuala Terengganu.
Mydin Mall, Kuala Terengganu berperanan sebagai Core iaitu salah satu pusat bekalan barangan
keperluan dan kehendak bagi
peniaga/pengusaha kecil ( Semi-Periphery)
dan masyarakat setempat (Periphery). Kebergantungan antara Mydin Mall,
peniaga/pengusaha dan masyarakat setempat dapat dilihat dengan jelas apabila
Mydin Mall menjadi tumpuan pengusaha membeli barangan secara pukal. Selain itu,
Mydin Mall juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Di samping
itu juga, Mydin Mall memerlukan para
peniaga/ pengusaha dan penduduk setempat untuk membeli produk yang dipasarkan.
Ini mampu memperkukuh ekonomi Mydin Mall
yang menjadi salah satu pasaraya yang memonopoli perniagaan di Kuala
Terengganu.
No comments:
Post a Comment