WELCOME

Monday, March 4, 2013

SEJARAH PULAU DUYUNG







Setiap nama ada sejarahnya, begitu jugalah dengan salah sebuah pekampungan nelayang di Kuala Terengganu iaitu Kampung Pulau Duyung. Pulau Duyung atau nama asalnya Pulau Peria banyak menyumbangkan kepada perkembangan Islam di Terengganu dan pernah melahirkan tokoh agama yang berpengaruh iaitu Datuk Biji Sura, Datuk Nik Hitam dan Datuk Sheikh Duyung. Pulau Duyung terletak tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu dan dihubungkan melalui Jambatan Sultan Mahmud yang menjadi laluan di antara kawasan bandar dan daerah kuala Terengganu Utara. Berdasarkan beberapa peninggalan sejarah, Pulau itu dipercayai mula dihuni sejak awal 1800.

Pulau Duyung dibuka oleh masyarakat Melayu berketurunan Patani yang berhijrah ke negeri Terengganu sehinggi kini dihuni majoriti keturunan Melayu Patani. Melalui hasil kajian yang telah dijalankan, menurut penduduk asal Kampung Pulau Duyung terdapat tiga kawasan utama di Pulau Duyung iaitu Duyung Besar, Duyung Kecil dan Pulau Ketam.

Pulau Duyung mempunyai sejarah yang unik kerana dikatakan mendapat nama sempena seekor ikan duyung besar yang terdampar di kawasan daratan paling besar dan kawasan terseubut kini dikenali sebagai Duyung Besar. Pulau Ketam dipercayai mendapat nama sempena kewujudan seekor ketam emas yang terdapat di kawasan berhampiran pulau itu. Manakala Duyung Kecil diambil sempena kehadiran anak duyung yang singgah di situ.


SUMBER : BERITA HARIAN

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...