WELCOME

Tuesday, March 5, 2013

KESAN DAN PENERIMAAN

Pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan telah memberikan kesan yang mendalam terhadap penduduk tempatan mahupun pendatang yang datang menetap di Pulau Duyong. Sama ada positif ataupun negatif perubahan yang dibawa, perkara ini cukup memberikan impak yang mendalam terhadap kehidupan seharian penduduk di kawasan berkenaan.
Lebih-lebih lagi dengan menjelangnya pilihan raya ke-13 ini, wujud lebih banyak manifesto-manifesto kerajaan untuk rakyat yang mana kadang kala menjadi satu beban kepada mereka. Hal ini tidak kurang juga kesannya turut dirasai oleh penduduk Pulau Duyong. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dalam memajukan kawasan ini.kewujudan kawasan peranginan seperti Ri-yaz Herritage sedikit sebanyak telah merubah kawasan berkenaan menjadi tempat pelancongan.
Keadaan asal pulau ini sebenarnya kecil sahaja. Namun setelah kawasan ini ditambak dan boleh terus berhubung ke daratan. Hal ini sekaligus menaikkan lagi taraf kehidupan dan kemudahan masyarakat berkenaan. Pada ketika dahulu, Pulau Duyong hanya boleh didekati melalui laluan air sahaja. Malah di pulau berkenaan pada ketika itu hanya terdapat dua buah rumah sahaja yang mempunyai generator untuk menjana elektrik. Salah seorang daripada penduduk yang juga merupakan responden kami iaitu encik Hasni Bin Ali yang mana merupakan seorang pengusaha bot tradisional. Kesusahan mereka begitu ketara hinggakan encik Hasni pernah ke RTM untuk menggunakan telefon untuk membuat panggilan. 
Walaupun demikian, menurut beliau dan isteri, mereka lebih sukakan kehidupan yang dulu berbanding sekarang.Kewujudan jalan perhubungan seperti jalan raya ini turut membawa kesan negatif yang mana kadar jenayah kian meningkat. Seperti kata isteri encik Hasni, pada masa lalu jika ada orang yang tidak dikenali datang untuk menimbulkan masalah sudah pasti dapat dikesan kerana mereka saling mengenali dan sukar untuk melarikan diri. Namun sekarang jenayah berleluasa dan keselamatan semakin kurang terjamin. 
Menurut responden kami yang berikutnya iaitu Puan Wan Zakiah (60 tahun) menceritakan tentang kes kecurian yang mana melibatkan seorang suri rumah yang sedang menghulurkan tangan ke jendela dan tidak semena-mena gelang emas suri rumah itu di ragut dan mujur hanya mendapat kecederaan ringan sahaja. Sampai begitu sekali pencuri ini nekad untuk mencuri dan berani melakukannya pada siang hari.
Beberapa lagi responden yang kami sempat temubul, mereka seperti yang lain iaitu sukakan keadaan dahulu. Menurut seorang ahli masjid yang sempat kami temui mengatakan mereka merupakan pendatang yang tinggal menetap di pulai ini. kehidupan sosial mereka yang kurang bercampur dengan penduduk asal bukan masalah utama. tetapi mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dengna projek kerajaan akan dipindahkan di flat yang baru siap dibina. Kawasan rumah mereka akan dibangunkan kawasan peranginan. sama ada sahih atau tidak, menurut Pak cik berkenaan mereka yang terlibat itu kerana mereka telah membina rumah secara haram di tanah yang ditambak.
Namun demikian, berpindah bukan perkara yang mudah. Perkara ini melibatkan kos yang baru seperti membayar sewa rumah flat berkenaan. Sebelum ini mereka hanya risaukan bil air, bil elektrik, makan dan minum. Maka kewujudan kos baru ini akan membebankan dan kos sara hidup semakin meningkat. Hal ini bukan kesusahan itu semata-mata.kewujudan masalah sosial yang lain pula terjadi yang mana kawasan flat berkenaan yang kami sangkakan telah didiami oleh penduduk tetapi menurut responden, tempat berkenaan dijadiakn sebagai kawasan untuk penagih melepaskan gian mereka.
Kesimpulan yang dapat kami rumusklan di sini, tidak dapat dinafikan dengan wujudnya jalan raya menghubung ke daratan membawa faedah kepada mereka, tetapi pada masa yang sama mereka telah menjadikan keselamatan dan keamanan mereka sebagai taruhan kepada kemudahan yang akan mereka nikmati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...