WELCOME

Tuesday, March 5, 2013

MONSOON CUP : BERMANFAATKAH ?

MONSOON CUP




Pelbagai pembangunan yang dilakukan di Pulau Duyong tidak mendapat persetujuan penduduk pulau dan tuan tanah yang terlibat bahkan pembangunan tersebut diibaratkan ‘merampas tanah’ rakyat.

Monsoon Cup’ dianggap tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Pulau, malah menyusahkan penduduk. Penduduk pulau masih berada di takuk lama walaupun mereka dikelilingi dengan proses pembangunan.Semua ‘sub-contract’ dan pekerja bagi projek-projek yang telah dan sedang berjalan di Pulau Duyong adalah orang luar. Peniaga yang menjalankan perniagaan digerai-gerai ‘Monsoon Cup’ juga adalah dari luar kerana penduduk Pulau tidak mampu membayar sewa gerai RM 600 selama lima hari. Malah kedai-kedai kecil atau warung yang dibuat diatas tanah kerajaan oleh penduduk Pulau diberikan notis supaya dirombak.

Peluang pekerjaan dari pembangunan Pulau Duyong juga diberikan kepada orang luar.Menurut Encik Muzafiq, hanya seorang sahaja penduduk Pulau yang bekerja di Kelab Teluk Warisan, dan 3 orang yang bekerja menjadi pengawal keselamatan.

Rentetan dari itu, penduduk Pulau Duyong kini berada  di dalam dilema. Mereka tidak dapat menjangka bagaimanakah masa depan mereka. Semua tanah-tanah walaupun milik sendiri kini telah dibekukan dari apa-apa urusan samada untuk menukar syarat atau memindah milik.  Perkara ini membimbangkan mereka dan menjadi igauan ngeri didalam pemikiran. Mungkinkah pembekuan urusan tanah adalah satu isyarat bahawa mereka akan ‘dihambat’ keluar dari Pulau Duyong???

Nantikan entry seterusnya dari kami !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...