WELCOME

Monday, March 11, 2013

MYDIN MALL DALAM TEORI SISTEM DUNIA


TEORI SISTEM DUNIA 

Diperkenalkan oleh Wallerstein (1974) dan Samir Amin (1974) iaitu ia lebih tertumpu kepada struktur dunia kapitalis dan ekonomi dunia. Teori ini bukan hanya melihat kepada pengalaman pembangunan sesebuah negara malah ia lebih menjurus kepada aspek ekonomi dunia yang disepadukan ke dalam lingkungan pengeluaran kapitalis.

Teori ini boleh diklasifikasikan kepada tiga bentuk hubungan negara iaitu ;
1) Negara teras (core)
2) Negara Separa Pinggiran ( Semi-Periphery)
3)Negara Pinggiran ( Periphery)



TEORI KEBERGANTUNGAN 

Teori kebergantungan (interdependence) dapat difahami dengan hubungan saling bergantung disebabkan oleh kerjasama yang dilakukan oleh dua negara atau lebih. Berdasarkan Teori Sistem Dunia, kumpulan kami telah melihat perkaitan dari skop yang mudah dan ringkas untuk difahami .


Sebagai contohnya, di  Mydin Mall ,Bandar Kuala Terengganu.

Mydin Mall, Kuala Terengganu  berperanan sebagai  Core  iaitu salah satu pusat bekalan barangan keperluan dan kehendak  bagi peniaga/pengusaha kecil ( Semi-Periphery)  dan masyarakat setempat (Periphery). Kebergantungan antara Mydin Mall, peniaga/pengusaha dan masyarakat setempat dapat dilihat dengan jelas apabila Mydin Mall menjadi tumpuan pengusaha membeli barangan secara pukal. Selain itu, Mydin Mall juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Di samping itu juga,  Mydin Mall memerlukan para peniaga/ pengusaha dan penduduk setempat untuk membeli produk yang dipasarkan. Ini mampu memperkukuh ekonomi  Mydin Mall yang menjadi salah satu pasaraya yang memonopoli perniagaan di Kuala Terengganu.





*** Nampak kan saling kebergantungannya…itu lah yang mudah untuk kita fahami untuk Teori Sistem Dunia dan Teori Kebergantungan yang berlaku dalam dunia reality dari skop yang paling kecil…sekian…nanti kitorang cite lagi ek…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...